Uda dan dara punya cerita untuk dikongsi bersama...
Cerita ini mengisahkan pasangan kekasih yang bernama Uda dan Dara. Mereka sudah lama berkenalan dan masih lagi dalam mengenal sesi soal hati dan kehidupan.. Mereka juga sudah berkongsi cerita suka duka kisah silam dan sekarang.. Pun begitu dalam menempuh perjalanan kehidupan, dengan takdir Allah datangnya satu ujian kepada Si Uda dan Si Dara ini.. Uda dengan tidak sengaja tertinggal handphone yang menjadi alat berhubung dengan Si Dara. Jarang sekali Uda tertinggal handphone. Dulu pun pernah juga terjadi dan perang perasaan berlaku. Semuanya disebabkan masing2 masih baru kenal erti kehidupan dan perasaan. Kali ini terjadi lagi. Si Dara berfikir2 sama ada untuk melihat isi kandungan di dalam nya.
Jika bersama, jarang sekali Si Dara akan meneliti electronic device itu. Bukan apa, Si Dara tidak mahu hatinya tersentuh jika ada yang sepatutnya dirahsiakan. Baik letakkan kepercayaan pada Si Uda. Itu sahaja harapan Si Dara. Tetapi kali ini, seperti disuruh2 supaya melihat2 apakah isi kandungan di dalamnya.
Si Dara pun menarik nafas dan membaca setiap isi inbox yang ada. Ermm.. Semuanya datang dari Si Dara saja. Sedang meneliti, tiba2 mata Si Dara tertumpu pada sender yang bernama Cayang xxx-x... Oh, ini mungkin best friend yang pernah Si Uda cerita. Lantas Si Dara pun membacanya.. Masih tak diubah lagi namanya.. Bisik hati Si Dara.. Tak apa lah hanya sekadar nama..Sekadar meyakinkan diri sendiri..
Inbox lebih kurang seperti ini...
" halo budak muk.. rndu la.."
" Walaupun b bz, b msh smpt bls msj cyg.. mcm mane b buat ek"..
" Nanak la.. lau b da kawen nnt da x bleh msj2 mcm ni.. nnt b gtaw awek b yg kite just a friend je"
" ....ayh cyg tye bile nk kawen?... kawen je la ngn xxx.. tgk dia pn mcm baik2 je.. nk tergelak cyg dgr"
" ye la.. kawen bkn nye sng kan b.. ....."
Mujur sent item da delete. Kalau tak, tak tahu la ape yang perlu Si Dara rasakan... Si Dara cuba tenangkan diri dan anggap tiada apa antara mereka. Sebab Si Dara memang percayakan Si Uda. Si Dara sudah mula mengenali Si Uda.
Cuma Si Dara pelik dengan Si Uda.. Jika antara mereka tiada perasaan. Bisakah mereka berkomunikasi dengan panggilan itu. Tidak wujud kah perasaan aneh ketika panggilan tu dibuat. "Cyg - Bi"...
Bukan apa, antara Uda dan Dara hanyalah "saya - awak"... Si Dara lebih selesa dengan panggilan itu. Cuma jika hendak bermanja barulah panggilan lain akn digunakan.. Ataupun perkara ini sebenarnya biasa dikalangan Bestfiend2 sekalian? Si Dara cube bersikap terbuka. Tidak mahu dikatakan mengongkong dan juga tidak mahu dikatakan terlalu berlembut.
Apapun pada pendapat SI Dara, setiap perbuatan dilakukan dengan akal fikiran yang waras. Tau mana yang baik dan mana yang tidak. Perkara2 seperti ini tidak perlulah di ajar. Jika perhubungan itu ikhlas, dia akan datang dengan sendirinya tanpa disuruh. Dia juga akan dapat merasakan bolehkah aku lakukan ini lagi.. patutkah aku lakukan itu lagi.. Semuanya ada di dalam hati. Tepuk dada tanya la selera.
No comments:
Post a Comment