Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, January 14, 2013

Rahsia Mereka


by: Dr stephen Carr leon

Mengapa Yahudi Bijak? 

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?

Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan bua- buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).

Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah…… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini?

Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70 !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato!'Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

source from here:

Sunday, October 7, 2012

Maksud Tarikh Perkahwinan

nak share.... mari bace... 
source nye Kin x ingat dari mana... sekadar berkongsi.. 
Wallahualam...

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir. - tarikh nikah

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat. - tarikh sanding

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir. - tarikh bertunang

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat. - tarikh berkahwin

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.

Selain tu, jika bulan Islam pulak hanya bulan Muharram sahaj yang dilarang dari melakukan sebarang kerja2 pernikahan sebab bulan Muharram adalah bulan kesedihan.





Rabiatul Adawiyah said...
Assalammualaikum, ilmu dikongsi dan moga kita semua beroleh rahmat pada hari berbahagis.

Al-Qardhawi dlm Fatwa Al-Mua'sirah ditanya adakah perkahwinan dlm bulan muharram dicela atau dikeji:

"Perkara ini tiada asas dalam agama. Bulan muharram adalah salah satu bulan yang diharamkan berperang. Terdapat juga banyak kelebihan bulan muharram spt yang disebut dlm hadith tentang kelebihan berpuasa dlm bulan muharram. Jgnlah kamu mengikuti kaum fatimi di mesir yang menjadi bulan muharram sebagai bulan bersedih (kerana peristiwa pembunuhan cucu Rasulullah S.A.W). Dlm islam, perkahwinan dibenarkan pada mana-mana bulan atau hari. Berbahagialah mereka yang berkahwin kerana perkahwinan itu adalah tuntutan agama."

Harap ini dapat membantu. :)

Saya pun mencari tarikh dalam islam yang sesuai utk majlis saya.

-www.rabiatuladawiyah.com-

Wednesday, October 3, 2012

Tips beli rumah


Info menarik tuk dikongsi berasama..
Thanks to blogger Kak Jumie for the good info..

1. CARI RUMAH
Carilah rumah yang bersesuaian dan mampu dimiliki.   Macam mana nak tahu kita mampu atau tak?  Secara amnya bayaran bulanan untuk rumah tidak boleh melebihi 1/3 dari jumlah gaji.

Contoh:  Gaji RM3000,  bayaran bulanan untuk rumah tak boleh melebihi RM1000.
Dekat website-website bank,  banyak yang menyediakan kemudahan home loan/mortgage calculator,  so that kita boleh tahu  secara kasar nilai rumah yang kita mampu beli.



By the way,  untuk calculator yang disediakan di website-website bank di atas,  kita kena masukkan Interest Rate.  Interest rate ni adalah interest yang bank akan tetapkan bila kita dah sign up for the loan.  Base Lending Rate (BLR) atau Kadar Pinjaman Asas untuk tahun ini adalah 6.6%,  maka interest yang selalu bank kenakan adalah dalam lingkungan BLR - 1.8% sehingga BLR - 2.5%.  Interest ni ikut harga rumah, ikut jenis pinjaman dll. Tapi kita sekarang ni baru nak cek harga rumah yang kita mampu,  kita nak letak interest tu sekadar bagi penuh kotak kat calculator tu.  

So lets say la kita letak BLR- 2.0% = 6.6 - 2.0% = 4.6%

Please take note, calculator ni cuma calculate anggaran kasar sahaja.  Ini cuma untuk membantu kita dalam proses mencari rumah yang mampu-milik.   (Calculator ni semua mampu kira up to pinjaman 30 tahun sahaja,  tapi sebenarnya kalau kita masih muda,  kita layak meminjam sehingga tempoh pinjaman 40 tahun).

2. JUMPA RUMAH !
So, bila kita dah tahu lingkungan harga rumah yang mampu kita miliki,  kita boleh start cari rumah.  

Ada 2 jenis pembelian  :

1) pembelian terus dari developer (kawasan perumahan baru)
2) sub-sale = beli dari tuan punya rumah
Lain ye proses pembelian ni mengikut jenisnya.  Selalunya kalau kita beli dari developer, kira kita beli masa rumah masih baru dan tak penah ada orang duduk.  Selalunya developer mesti ada agent-agent jualan yang akan tolong eksplen cara-cara beli dan apa yang kita kena buat.  So in that case,  saya nak kecilkan skop artikel ni untuk Rumah Sub-Sale, iaitu beli dari tuan punya rumah. tapi takdela jauh beza mana sangat pon dengan beli rumah baru dari developer.  Lebih kurang.

Setelah menjumpai rumah yang sesuai dan telah melawat rumah tersebut,  dan telah berjumpa orang yang nak jual rumah.  Selalunya,  bila kita nak beli rumah orang,  kita akan beli menerusi agent.  Lain la kalau beli dari sanak saudara.  Bila kita dah memang betul-betul interested nak beli rumah tu,  kita kena la bayaq booking fee.  Selalunya dalam 2% harga rumah.  
So kalau harga rumah yang nak dijual tu adalah RM200k,  kiranya kita kena bayaq RM4000 kat agent tu untuk book rumah tu.

PENTING: SILA BERHATI HATI BILA BUAT PEMBAYARAN, PASTIKAN KITA BAYAR KEPADA AGENT/PIHAK YANG SAH

Selepas bayar booking fee,  ada tempoh 1 bulan untuk kita dapatkan loan bank.  Kalau dalam masa sebulan kita apply,  tiba-tiba loan tak di-approve,  selalunya- duit booking fee mungkin akan dikembalikan.  

TAPI PLEASE CEK BETUL-BETUL SEBELUM BAYAR.  Ada jugak agent yang tak akan return booking fee tersebut. HATI HATI YE.

Kalau nak beli rumah,  selalunya kena bayar paling kurang 10%.  Tapi masa kita berkenan kat rumah tu,  kita baru nak book sementara kita nak apply loan.  Ye la.  Nak apply loan ambil masa, kalau tak book rumah,  elok2 loan approve,  tiba-tiba rumah tu dah dijual kat orang lain.  So kita bayar la 2% atau 3% harga rumah kat agent tu untuk book rumah tu.

3. DAH BAYAQ BOOKING FEE?

Bila kita dah bayaq kat agent tu,  kita akan dapat resit.  Dengan resit ini,  kita akan pergi ke bank untuk apply loan.  Setiap bank ada pakej pakej pinjaman tersendiri.  Ini terpulang kepada citarasa masing-masing nak pilih bank mana.  Ada bank bagi interest rendah,  ada tinggi sikit.  Kalau aku cerita pasal jenis jenis loan rumah,  3 hari tak habes.
Sebelum loan kita diproses,  bank akan tentukan harga rumah. Eh. Bukan kita dah bagitau kat dia ka harga rumah yang kita nak beli tadi?
Macam ni,,,Harga yang agent tu bagitau kita tu adalah harga jualan.  Tapi bank akan bagi pinjaman mengikut nilai harga rumah (market value). 

Contoh : agent tadi tu habaq rumah tu RM200k.  Tapi bila bank cek market value rumah tu RM180k je,  Maka pinjaman yang diberi takkan melebihi RM180k.  Lagi 20k bayaq sendiri.  But usually harga rumah yang dibeli tak akan beza banyak dengan market value.

Rasa senang tak nak dapat loan?  Cara nak kira senang.

Gaji x 60% = _______ - (komitmen)

Contoh kalau gaji RM3000:

3000 x 60%= 1800 - (duit bulanan pinjaman kereta+ duit bulanan pinjaman peribadi/ASB)
                 = 1800 - 300 - 100
                 = RM1400

Maknanya, kita layak meminjam sekiranya bayaran bulanan pinjaman rumah adalah RM1400 ke bawah sahaja. Kalau bank kira-kira,  bayaran bulanan rumah RM1500,  tapi kita punya kelayakan RM1400 sebulan.  Memang loan kena reject la.  Unless kita agree nak bayar down payment lebih sikit.

4. LOAN APPROVE
Tahniah sekiranya loan di-approved.  Bila loan sudah diapprove,  bank akan bagi kita Offer Letter.  Offer Letter ni akan tulis la pasal syarat-syarat loan dan its details.
Sekarang ni nak buat apa?  WE NEED A LAWYER. Nak beli rumah ni transaksi ratus ribu woooo.  Mana boleh main-main.  Semuanya kena ada perjanjian dan kontrak.  Maka seorang lawyer adalah diperlukan.

Bila nak beli rumah ada 2 jenis kontrak/perjanjian.
1) perjanjian dengan penjual rumah (Sales And Purchase Agreement/ SNP)
2) perjanjian dengan bank (Loan Agreement)

Untuk lebih senang,  lebih baik kita gunakan panel lawyer untuk bank yang kita amik pinjaman rumah tersebut.  So tak payah amik 2 peguam yang berbeza.  Amik 1 lawyer yang akan buat kedua dua agreement.
Berkenaan panel lawyer ni boleh tanya bank tersebut,  depa mesti ada list of panel-panel law firm diorang.  Kita boleh pilih mana kita nak.  Dan kita call la law firm mana yang kita bekenan untuk diskas pasal SNP ni.  Bagi la Offer Letter tu nanti kat lawyer tu.

5.  Apa itu SNP?

Bila kita sign SNP ni,  kita kena bayar the remaining balance,  tadi kita dah bayar booking fee 2% la katakan,  bila sign SNP kita bayaq la lagi 8% untuk cukupkan 10% down payment rumah.
Kita kena ada perjanjian bila beli asset ratus ribu ni.  To safeguard our interest.  Ye la,  macam mana kalau tiba-tiba loan semua tengah proses tiba-tiba tuan rumah tak jadi jual?  Tiba-tiba pejabat tanah kata rumah ni tak boleh dijual?   Aaaaa.. Camna ? Camna?  Duit down payment tu burn ke tak?? AAAAAAaaaaaa
Dalam SNP ni,  peguam kita akan huraikan semua aspek-aspek pembelian,  so its good if you can sit down with your lawyer and discuss about the SNP.

SNP ni kena sign oleh 2 pihak tau.  Pihak pembeli dan pihak penjual.  Kiranya dia akan safeguard interest bagi 2 pihak.  Ye la,  penjual pon mesti la ada hak dia,  mana tau ada orang nak beli,  tapi tiba-tiba sekerat jalan kensel,  tak jadi beli.  So mesti la pembeli takmau bagi balik downpayment.
Maka penjual rumah tu pon akan ada lawyer dia sendiri.  Lawyer penjual rumah dan lawyer kita akan discuss sehinggalah SNP tersebut memuaskan kedua-dua belah pihak (perjanjian tak berat sebelah), baru kita akan sign.
Disebabkan oleh itu,  kadang-kadang ada agent atau tuan rumah yang akan suruh kita amik lawyer yang sama.  Depa nanti kata senang sikit, 1 lawyer buat SNP,  Tak payah susah-susah buang masa diskas semua.  JANGAN YE.  
Sebabnye kena ada 1 lawyer mewakili setiap pihak (1 lawyer pembeli, 1 lawyer penjual) adalah untuk memastikan perjanjian tidak berat sebelah. paham?

6. SNP DAH SIGN. DEPOSIT DAH BAYAQ
Bila kita sign SNP,  bank akan proses loan kita dan lawyer akan buat kerja2 dia. Dalam SNP ni dia ada tulis,  kita ada lebih kurang 3 bulan untuk siapkan transaksi pembelian ini,  kalau tak SNP ni akan void.
Dia macam ni,  bila sign SNP,  pembeli dah dapat 10%, bank kena bayaq lagi 90%.  Tapi bank akan bayaq secara berperingkat-peringkat.  Contoh,  bila penjual tu dah settle semua hutang rumah dia,  asset tu dah boleh tukaq nama etc.- ni semua kerja lawyer.  Kalau lawyer tu lambat buat keja,  Maka lambatlah siap.  So tanggungjawap kita adalah selalu follow up dengan lawyer kita berkenaan proses pembelian rumah.  Kalau boleh setiap 2 minggu lepas sign SNP,  talipon tanya.  Sebab lawyer ni depa banyakkkkkkk SNP kena buat,  sapa yang selalu kejan,  depa buat la kerja cepat sikit.  Client yang diam cam batu,  file tu boleh boh tepi sat.

7. LEPAS TU APA?
Tunggu la sampai laywer settle,  bank dah bayaq duit sepenuhnya kat tuan rumah.  The moment bank dah bagi duit kat penjual rumah (disbursement) - time tu jugak la kita kena start bayaq loan. Ni semua nanti ampa dapat surat la nak bagitau semua.

8. APA LAGI NAK KENA TAU?
Lawyer tu bukan free ye kawan2.  Selain bayar 10% downpayment rumah.  Kita juga kena bayar legal fee.  Usually 2%-3% harga rumah.  Sso, kena ada duit simpanan banyak ye bila nak beli rumah.  Tapi,  kalau duit KWSP kita dalam account tu banyak,  lawyer akan tolong kita bawak keluaq duit tu untuk membiayai kos beli rumah.

Kalau kita amik Skim Rumah Pertamaku,  loan memang 100%. tapi cover harga rumah la.  Tak cover legal fees.

Bagus kan info ni.. o. Sesuai utk org yg mcm Kin yg x berapa mahir tth selok belok hartanah ni.

Thursday, September 27, 2012

Lemon dan khasiatnya



Kenapa tetibe nak bercerita pasal Lemon plak ni...
Macam ni... Actually Kin memang dah try amalkan minum air suam + air perahan lemon ni dah hampir sebulan jugak la...
Sebabnye dengar dia sgt bagus utk menurunkan berat badan..
Ye la... berat Kin pn mmg dah tgh mencanak naik sekarang ni...
Dulu makan banyak mana pun.. cenggitu je la... x naik2... sekarang ni pantang makan lebih sikit je...
omai ai... over kau... dah sampi 52kg ok..
Den gumukkkk... menci... mane tak nye.. sejak dok dlm opis je ni... makanan yg dipilih pun over..
asyik2 makan nasi lemak, roti canai, mcd, pizza... ni semua my feveret to the top la...
La ni nak kawen punye pasal... mula la trhegeh konon nak kurus kan badan...

So mesti nak taw result kan.. so far dalam 3 mggu ni (belum sebulan) berbekalkan amalan makanan yg betul.. say no to high collestrol.. Kin da turun sikit ke 50kg... 
tapi kene komited la... jangan nak cengkelat sangat...

ok Kin nak share info ttg 10 khasiat lemon ni dari sini..

1. Baik untuk perut
Lemon dapat membantu meringankan masalah pencernaan bila dicampur dengan air panas, termasuk di antaranya mual, mulas dan parasit. Dengan minum jus lemon secara teratur, perut Anda dibantu untuk menghilangkan kotoran secara lebih efisien. Lemon bertindak sebagai pemurni darah dan agen pembersih. Asupan jus lemon bisa menyembuhkan sembelit. Bahkan jus lemon juga berfungsi sebagai tonik hati dan membantu Anda mencerna makanan dengan membantu hati memproduksi empedu lebih banyak.

2. Perawatan kulit
Lemon dapat menjadi obat antiseptik alami, yang bertugas untuk menyembuhkan masalah yang berkaitan dengan kulit. Konsumsi sehari-hari air jeruk lemon dapat memberikan perubahan besar dalam penampilan kulit Anda. Lemon memiliki fungsi sebagai obat anti-penuaan, menghilangkan kerutan dan komedo. Bahkan jika ditempelkan pada daerah luka bakar dapat memudarkan bekas luka.

3. Perawatan Gigi
Tahukah Anda bahwa air lemon punya fungsi penting dalam perawatan gigi? Ya, apabila jus lemon segar ditempelkan pada area gigi yang sakit, dapat membantu dalam menyingkirkan rasa sakit. Memeras jus lemon pada gusi dapat menghentikan perdarahan gusi. Cara ini juga mencegah bau busuk dan masalah lain yang berkaitan dengan gusi.

4. Sembuhkan infeksi tenggorokan
Lemon adalah buah yang sangat baik yang membantu dalam memerangi masalah yang berkaitan dengan infeksi tenggorokan, sakit tenggorokan dan tonsilitis akibat bakteri. Untuk mengatasi sakit tenggorokan, Anda bisa berkumur dengan menggunakan setengah gelas jus lemon.

5. Menurunkan berat badan
Rutin meminum air jeruk nipis membuka jalan untuk menurunkan berat badan lebih cepat. Memanfaatkan jus lemon yang dicampur dengan air hangat dan madu, juga dapat membantu mengurangi berat badan.

6. Kontrol tekanan darah tinggi
Air lemon bekerja bak ramuan ajaib khususnya bagi orang yang memiliki masalah jantung, karena kandungan kalium tinggi di dalamnya. Diet tinggi kalium juga dipercaya dapat membantu mengontrol tekanan darah tinggi, pusing, mual, membantu relaksasi pikiran, mengurangi stres mental dan depresi.

7. Membantu penyembuhan gangguan nafas
Jus lemon membantu dalam menyembuhkan masalah pernafasan, terutama pada orang yang menderita asma.

8. Mengobati rematik
Lemon memiliki sifat diuretik sehingga dapat membantu mengobati rematik serta radang sendi, dengan cara mengeluarkan bakteri dan racun dari tubuh.

9. Meredakan demam
Jus lemon dapat mengobati seseorang yang menderita flu atau demam, dengan meningkatkan produksi keringat.

10. Pembersih darah
Penyakit-penyakit seperti kolera atau malaria dapat diobati dengan air lemon karena mempunyai sifat sebagai pembersih darah.
Berapa banyak yang harus saya minum?

Jika Anda sedang dalam kondisi kesehatan yang baik dan bobot tubuh 70 kg atau kurang, disarankan untuk memeras setengah buah lemon dan menyajikannya ke dalam satu gelas air. Minum dua kali sehari. Namun, jika Anda berbobot lebih dari 70 kg, peras satu lemon utuh ke dalam segelas air. Untuk manfaat maksimal, minum dua kali sehari.

Tuesday, September 4, 2012

B2B To do list: 12-6 months (IMPORTANT)

Hai semua.
Mood on off nk update blog..
Mood raye lagi ke nih....
Hehehe... 
Macam mana persiapan Kin?
Ermm...Ermm... Sila la lihat checklist saye...
Boleh dikatakan.. Amat la byk lgi kerjaaaaaa okey..

Nak share some tips:
  • Identify mane yang penting dan mana yang kurang penting
  • Book vendor seawal yang mungkin cth:
    • Dewan - Kin book awal Jan 2012 utk mjlis Dec 2012. Utk pengetahuan dewan tu sdh penuh. Nasib baik awal jgk book. So sesape yg rancang nak buat di dewan org ramai perlulah book seawal setahun. 
    • Baju Pengantin
    • Catering
    • Pelamin
    • MUA
  • Scheduled Events
    • Kursus Pra-Perkahwinan (anytime)
    • HIV Test (6 months before)
    • Submit Borang Nikah Lelaki (3 months before)
    • Submit Borang Nikah Perempuan (2 months before)
okey, yang lain akan menyusul kemudian ye...

Wednesday, January 11, 2012

Lucky Bamboo


Okey, this is time I would love to share bout Lucky Bamboo or we call it "Baby"..
Source By: Lucky Bamboo Shop

Scientific Name: Dracaena  sanderian 


The Chinese say lucky bamboo improves Feng Shui
and creates a space where you feel safe and more energized.
It brings luck, fortune, and prosperity to your loved ones—
not to mention the beauty and color it brings into your home!



Unpacking Lucky Bamboo
We packaged your lucky bamboo stems separately from pots or vases to protect them during shipping. Please remove the protective wrapping from your bamboo but do not remove twist ties, if any. 
It is important to keep roots moist or in water at all times so put your stems or arrangements in a vase or tray of water if you’re not ready to put them in their new home right away.

Arrangements or Towers
The twist ties on multi-stem bamboo products are not just decorative, they provide necessary stability. 
Do not remove them! 
Place your lucky bamboo in its container and fill the container with pebbles or marbles. 
Add water until the pebble/marble base is fully covered. 
Check your bamboo’s water level frequently at first! 
Arrangements with several stems will need water at least twice a week, maybe more, especially during summer. If you received a tower with 2–8 tiers, the stems may have shifted during shipping. 
Please carefully push each stem down one by one until all their bottoms are all at the same level.

Light
Your lucky bamboo is tough and resilient. It needs very little light and is content with the artificial lighting in your home. Insufficient light, however, will fade the leaves to a light green. 
If this happens, just try another location with a little bit more light.

Watering
Lucky bamboo is very easy  to take care of just add or replace water one to two times per week. 
If the chlorine content in your water is very high, please use filtered or bottled water. 
If you keep lucky bamboo in a vase, don’t fill it to the top as you do with flowers. 
Lucky bamboo grows roots wherever water contacts it so a higher water level will sprout roots further up the stem than is attractive. 



 
 

Wednesday, January 4, 2012

Search for Hotels

Hi alls..

Sequel dari part 6D5N : KL - Bandung...
Today Kin nak cari la beberapa reff tuk booking hotel.
Payah gak nk pilih hotel ni..
Kin nak cari yg murah2 dan yang best2..
Agak2 ade x???
Yang pastinya under budget.. nnt Dink Dink x approve plak.. hehehe

Aritu Kin book flight da spent around rm3,200.00
so i need to search hotel around rm800.00 ~ rm1,000.00 for 4 adults ( 5 nites)
dapat x rates ni? hahhaaha...
so total up flight + hotel = rm4,000.00 ~ rm4,200.00

List for reff



Monday, January 2, 2012

Financial Action for 2012

Salam you alls..



Pagi  tadi Kin tengok MHI @ TV3 since cuti new year so sempat la usha tv. hehhe...
Ade good topic nak share. It's about financial by Nazri Idrus, financial consultant. He gives very good tips.
Actually Kin sedar tentang isu ini pun dari dia juge 2 thn lepas.
Lambat kan? better than never rite? so you alls perlu buat jugak!
Thank you bro!
Sebelum ini dia pernah share financial tips last 2 years kalau tak silap.
Mase tu la Kin sedar, then Kin terus jot down my monthly budget. 
Sampai sekarang still follow. But you alls kene komited and displin.


Sebabnye?
1. kita akan nampak kemana duit kita keluar
2. kita akan tahu dalam sebulan, berapa banyak sebenarnya yang diperlukan utk hidup
3. kita akan lebih appreciate setiap sen duit kita yang ada
4. good for your future sebab tak semua orang sedar tentang hal ini.
5. i wonder why my parents tak buat ini... then i need to struggle myself to pay my education loans, my wedding's budget... buat masa ini jangan harapkan ihsan family walaupun mereka mampu menolong. jika mereka hendak membantu seperti bonus untuk kita. Somehow U should do it for you own body.

okey, this article taken from his blog...
jangan hanya baca, do something about this NOW!


1. BAYAR DIRI ANDA DAHULU
Merangka Sleep In Peace dan Rest In  Peace akaun.
Ini adalah perkara yang paling penting yang anda perlu lakukan dalam pengurusan kewangan anda.Penyelidikan telah menunjukkan bahawa, 70% daripada orang-orang yang bersara di Malaysia pada usia 55 tahun, hanya mempunyai 3 tahun wang simpanan untuk terus hidup selepas persaraan.
Pada usia ini, perbelanjaan perubatan anda mungkin meningkat, anak-anak anda mungkin akan berkahwin, anda mungkin mahu melakukan pembaikan kecil rumah anda atau anda tiba-tiba ingin memulakan usaha perniagaan yang baru! Jadi, apa yang anda perlu lakukan, anda mengambil sebahagian simpanan KWSP anda dan menggunakannya untuk tujuan tersebut.
Mesej saya kepada anda – Jangan terperangkap!
Berikut adalah apa yang anda perlu lakukan:
Buka Akaun (Cadangan saya, akaun Dana Bersama). Sekurang-kurangnya RM1000 untuk memulakan akaun. Setiap kali anda menerima pendapatan anda, secara automatik 10% daripada pendapatan anda akan diketepikan ke dalam dana tersebut.
UMUR ANDA HARI INI
UMUR UNTUK BERSARA
JUMLAH SIMPANAN SETIAP BULAN
KENAIKAN SIMPANAN DANA PERTUMBUHAN
JUMLAH YANG DIJANGKAKAN PADA USIA 55TAHUN
30 TAHUN55 TAHUNRM1000Jika dividen tahunan ialah 10%RM1,333,789
45 TAHUN55 TAHUN
RM6,000Jika dividen tahunan ialah 10%RM1,000,000
Perhatikan bahawa jumlah yang anda perlu ketepikan lebih besar jika anda mula menyimpan lewat.

2. RANCANG ALIRAN TUNAI HADAPAN ANDA
  • Langkah 1: Pilih TARIKH untuk merancang caj tunai bulanan anda (contohnya; pada 1 haribulan setiap bulan).
  • Langkah 2: Menentukan JUMLAH Aliran keluar Tunai (contohnya; bil TNB, pembayaran telefon mudah alih).
  • Langkah 3: Membuat semua bayaran bil & Pembelian seperti biasa.
  • Langkah 4: Simpan semua resit bayaran & pembelian.
  • Langkah 5: Bandingkan resit anda dengan Aliran Tunai yang anda buat pada awal bulan

3.  MENYUSUN REKOD FIZIKAL ANDA
Rumah yang bersih dan teratur pastinya akan membuat minda anda teratur.
Ideanya ialah dengan memastikan smua fisikal rekod kewangan anda tidak berselerak: Dalam keadaan yang teratur dan sistematik.
Cuba ujian ini: Cuba ingat lokasi geran kereta anda. Jikan anda boleh mengenal pasti di mana lokasi geran tersebut sama ada ia di rumah/pejabat dalam masa 5 minit, anda seorang yang sistematik dan teratur!
Perkara lain untuk dipertimbangkan: Rekod pelaburan/ Waranti produk. Bayangkan sesuatu yang anda beli tidak boleh digunakan lagi dan anda perlu menghantar produk tersebut kepada penjual untuk dibaiki, bolehkah anda mengenal pasti dimana lokasi waranti produk/ resit bayaran produk tersebut.
Pastikan rekod-rekod kewangan anda disusun dengan teratur dan sistematik!

4.  MERANGKA DANA PELAJARAN ANAK-ANAK
Terlalu ramai ibu bapa mengatakan bahawa YA! Apabila saya bertanya kepada mereka apa yang mereka ajar, mereka berkata, mereka mengajar mereka tentang “tabung” simpanan dan “akaun simpanan”. Sementara, Pengurusan Wang merupakan asas kewangan, malangnya, pembelajaran kedua-dua teknik ini TIDAK akan menjadi tiket untuk pendidikan mereka selepas SPM! Kita hidup dalam dunia yang berdaya saing di mana pelajar mahu kehidupan yang lebih baik, jika mereka mahu untuk memasuki dunia pekerjaan, mesti mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dan lebih tinggi daripada ijazah Universiti asas! Jadi, kenapa tidak mulakan pengajaran anak-anak dengan mengetepikan wang pembelajaran untuk mereka! Malah, pernah dahulu saya berjumpa dengan seorang wanita yang bekerja sebagai tukang parkir di Jalan Raja Laut, setelah menemu ramah beliau, saya dapati beliau berjaya meletakkan semua ketiga-tiga anaknya dalam universiti di Australia.  Seorang ialah Akautan, manakala seorang lagi menjadi Jurutera awam dan anak bongsunya seorang farmasi.

SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional)
Kerajaan telah memperkenalkan skim ini untuk membantu golongan pendapatan rendah berpeluang meletakkan anak-anak mereka di universiti. Ia mempunyai banyak manfaat sampingan termasuk insurans dan geran. Ditubuhkan dengan niat utama untuk menghantar anak anda ke Universiti.
PENDIDIKAN LUAR NEGARA
Anggapkan anda betul-betul mahu anak anda untuk menghadiri universiti yang terbaik dalam bidang ekonomi atau sains, (memandangkan saya seorang graduan Universiti Melbourne Australia) ambil kira  yuran tuisyen ialah Aust $33,000 untuk kursus tersebut. Bermakna untuk 3 tahun, jumlah yang  diperlukan ialah RM100,000 termasuk perbelanjaan untuk hidup.
PERBELANJAAN HIDUP
Dengan mengendaikan perbelanjaan sara hidup yang sangat konservatif memerlukan Aust $12,000 setahun atau Aust $36,000 untuk 3 tahun, jumlah perbelanjaan hidup akan melebihi  RM100, 000 bagi tempoh 3 tahun program ijazah pertama beliau .  Ini menjadikan jumlah perbelanjaan ialah RM200,000 seorang untuk menuntut di universiti Australia.
Sekarang, mari kita andaikan bahawa anda mempunyai matlamat untuk menghantar anak anda ke Universiti oleh setelah  dia mencecah usia 18 tahun. Anda menyimpan amaun yang berikut dalam skim ini untuk mencapai RM100, 000 (tidak termasuk perbelanjaan sara hidup).
Untuk memasuki university di Australia (sebagai contoh). Ini adalah jumlah yang perlu disimpan di dalam SSPN setiap bulan dan dividen pelaburan, dan tidak akan tidak berfikir tentang mengambil wang sebelum dia adalah kerana untuk memasuki Universiti.

UMUR ANAK SEKARANG
UMUR MEMASUKI UNIVERSITI
JUMLAH SASARAN DALAM SIMPANAN
KENAIKAN SIMPANAN DALAM SSPN
JUMLAH PERLU DISIMPAN SETIAP BULAN
1 bulan18 tahunRM100,000Jika dividen tahunan SSPN ialah 5%RM300
8 tahun18 tahun
RM100,000Jika dividen tahunan SSPN ialah 5%RM600


5.   LEBIH TINGGI PENGETAHUAN, LEBIH TINGGI PENDAPATAN
Warrant  Buffet selalu bertanya, “Bagaimana anda boleh mengesyorkan bagi kita untuk menjadi kaya?”
Jawapannya ialah … MELABUR pada diri sendiri!! Dan dia menyambung “Lebih Anda Belajar, Lebih Pendapatan Anda!”
Jadikan dia sebagai contoh! Bawanya dari dia! Mula melabur ke dalam diri anda, daftarkan diri anda ke Peningkatan Peribadi / kursus Pembangunan Peribadi, mengetahui lebih lanjut mengenai Pengurusan Wang, kemahiran Pemasaran, Komunikasi dan Sosial,  Jualan dan Pelaburan!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers