Sunday, November 18, 2012

Pertolongan ikhlas

semak n senak la minda macam ni...
apa la perasaan anda kalau kita ni minta pertolongan pada sesorang ni...

pada awalnye dy mcm acuh x acuh dan akhirnye setuju...

nak dijadikan cerita sinetron... si dia ni menceritakan perjalanan kesusahan ataupun mengulas beberapa reason yang mnjerumus kepayahan utk menolong.. (dari pandangan saya la.. xpasti la kalau di pihak dia lain maksudnye)

ok la... kita yg nk minta tolong ni pun jadi serba salah bila dy dok ciye sume tu... 

dia ni nak tolong ke x nak ni... kalau boleh tlg bgtahu.. kalau x boleh pn bgtahu so senang nnti nak cari pertolongan pada org lain...

saya jadi serba salah.. ape yg ptt saya buat  ni... adoii... 

kalau boleh x nak pikir la bnde2 kecik mcm ni... tp bnde kecik ni la boleh jd bnde besar nnt... so kn pikir gak...

alahai... 



Sent from Samsung Mobile

Sunday, November 4, 2012

Stand for cupcakes

ade sape2 x yg nak sewa kan stand cupcakes.. or tau kat mane nak cari bnde tu?

aritu ade gk la blog walking and jumpe la beberape info... tp kin still survey lagi..

yg ni DIY ok... i love diy...



kin cari yg mcm ni lebih kurang la...



Sent from Samsung Mobile

Monday, October 8, 2012

HIV Test : Pengalamanku

Untuk B2B di luar sana...

Ujian Saringan HIV adalah 6 bulan sebelum nikah...Bukan 3 bulan.

Sebabnye? dah memang tertulis n termaktub mcm tu...hehhe...
ok la lebih kurang la ye... sbb kita ade 6 month window period tuk tau past history kita menghidap HIV atau tak. Bukan mengconfirmkan yang anda tidak akan dijangkiti HIV utk akn datang.

and i was done with the test. yeayyyyy!

Dimana Kin buat?
Di Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 11.
(pepagi lagi dah sampai. semangat waja la kononye. pkl 8.30 dah trpacak. ingtkn klinik bkk kol 9am.. rupe2nye 8.00am dah bukak. and i was so nervous........ bab2 jarum ni sgt la x cool ok)

Macam mana procedure?
  1. Mula-mula ambil no giliran dah serahkan IC di kaunter unit pesakit luar then tggu.
  2. Isi borang di Kaunter Rawatan Susulan then tggu lagi.
  3. 9.30 am - dah kene paggil masuk dlm. time ni gile debar weh... itu Kin. org lain tak taw la kn. tgn pun dah sejuk2... adoiii. 
  4. Mase dalam bilik rawatan tu... Nurse pun bg la soalan-soalan pop kuiz... Serius mak jemah tak tau ade pop kuiz... hehehhe... soalan-soalan dia byk bertanyakan ttg HIV. Bagaimana HIV boleh dijangkiti.. nasib baik la kan ilmu pengtahuan am ni ade.. so boleh la jawab.. then dah lepas jawab baru la nurse memulakan aktiviti cucuk mencucuk nih. 
  5. Kene relax and calm sbb nnt darah x keluar plak bile jari tu dicucuk. OK..  Kin? hahaha... cuak gak... test dia sama macam nk buat blood test - part nk mencuk jarum kat jari tu... then darah tu letak kt HIV test kit (macam wat pregnancy test)... then tgk line.. kalau 2 line means negative... kalau 1 line means positive... Fuhh... nasib baik negative... ye la... cuak gak walaupun xde kene mengene kes brkenaan hal HIV ni..
  6. Dah selesai semua urusan tu dah boleh keluar tunggu result and balik.... 
  7. Kin punye part ada drama sinetron sikit... Masa nak tunggu result tu nuru.se tanya Kin ada bawa borang HIV test tak utk di cop oleh pihak klinik.. mase ni Kin pelik sebabnye Kin tak taw plak ade borang tu.. Kalau KL memang ada dan borang tu boleh di download.. tapi utk Selangor mmg x ada borang tu... Nurse tu plak ckp ada bakal pengantin yang bawak dan Doc pun minta untuk disahkan. kebetulan masa tu borang nikah ada di Gombak.. dan nurse minta bawak borang tu ke klinik semula. Hameek ko... Dr Putrajaya nak Gombak and patah balik ke Putrajaya.. Kami pun gagahkan diri balik Gombak semata-mata nk amik borang yang akhirnya tak ada pun mana-mana tempat utk dicop... Ahhh stress... sabau je la... Bile kami sampai semula ke klinik and explain, settled.
  8. Ok, agaian.. Ingatkan  nurse akan bagi je result.. Tapi rupenye kene masuk jumpe Doc dulu.. Ok bile sorang2 dipanggil masuk bilik Doc tu Doc pun tanye la soklan yg sama nurse tu tanye mase nak cucuk jarum tu... Ok, dapat la jawab... Then Doc pun bagi result.. Selesai semuanya..
  9. Yeayy... Siap..
Nak taw fakta ttg HIV di sini ye...


Sunday, October 7, 2012

Maksud Tarikh Perkahwinan

nak share.... mari bace... 
source nye Kin x ingat dari mana... sekadar berkongsi.. 
Wallahualam...

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir. - tarikh nikah

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat. - tarikh sanding

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir. - tarikh bertunang

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat. - tarikh berkahwin

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.

Selain tu, jika bulan Islam pulak hanya bulan Muharram sahaj yang dilarang dari melakukan sebarang kerja2 pernikahan sebab bulan Muharram adalah bulan kesedihan.





Rabiatul Adawiyah said...
Assalammualaikum, ilmu dikongsi dan moga kita semua beroleh rahmat pada hari berbahagis.

Al-Qardhawi dlm Fatwa Al-Mua'sirah ditanya adakah perkahwinan dlm bulan muharram dicela atau dikeji:

"Perkara ini tiada asas dalam agama. Bulan muharram adalah salah satu bulan yang diharamkan berperang. Terdapat juga banyak kelebihan bulan muharram spt yang disebut dlm hadith tentang kelebihan berpuasa dlm bulan muharram. Jgnlah kamu mengikuti kaum fatimi di mesir yang menjadi bulan muharram sebagai bulan bersedih (kerana peristiwa pembunuhan cucu Rasulullah S.A.W). Dlm islam, perkahwinan dibenarkan pada mana-mana bulan atau hari. Berbahagialah mereka yang berkahwin kerana perkahwinan itu adalah tuntutan agama."

Harap ini dapat membantu. :)

Saya pun mencari tarikh dalam islam yang sesuai utk majlis saya.

-www.rabiatuladawiyah.com-

Saturday, October 6, 2012

Video : Love Songs

Mari sedapkan telinga dgn lagu nostalgia...
haaaaa... so melting with these songs...
Lappppp
















HIV : Human Immunodeficiency Virus


1. AIDS disebabkan HIV

HIV ialah virus human imunodeficiency; yang merosakkan sistem pertahanan badan. Orang yang menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) menjadi lemah kerana badan mereka hilang keupayaan melawan semua penyakit. Mereka akhirnya mati dan sehingga kini belum ada ubat yang boleh menyembuhkan jangkitan HIV.

2. Kemunculan pertama AIDS boleh mengambil masa 10 tahun selepas jangkitan

Virus HIV mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk membiak dan membentuk koloni dalam badan manusia. Inilah sebabnya seseorang yang dijangkiti virus HIV kelihatan dan berasa sihat selama bertahun-tahun dan dalam tempoh inilah dia boleh memindahkan virus berkenaan kepada orang lain tanpa disedari. Ubat yang ada membolehkan individu dijangkiti HIV hidup sihat lebih lama tetapi dia tetap boleh memindahkan virus itu kepada orang lain.

3. HIV dipindahkan melalui cecair badan

Pemindahan virus HIV boleh berlaku pada semua peringkat, sama ada pesakit sudah mengalami gejala AIDS atau kelihatan sihat. Pada individu yang dijangkiti virus HIV, virus ini boleh ditemui pada darah, air mani (termasuklah cecair yang keluar sebelum ejakulasi), lelehan vagina, dari ibu HIV kepada anak dalam kandungan, kelahiran dan susu badan.

4. Jangkitan virus HIV paling kerap berlaku melalui hubungan seks

Percampuran cecair badan berlaku ketika hubungan seks dan ketika itulah virus HIV boleh berpindah masuk ke dalam badan pasangan; terutama jika tisu vagina atau dubur luka; atau menghidap penyakit kelamin. Remaja perempuan lebih terdedah dan berisiko dijangkiti HIV kerana lapisan membran pada vagina mereka lebih nipis berbanding wanita dewasa dan mudah terkena jangkitan.

5. Individu yang menghidap penyakit kelamin lebih berisiko dijangkiti HIV
Menghidap penyakit kelamin akan meningkatkan risiko seseorang dijangkiti HIV dan kemudian, memindahkan jangkitan kepada orang lain jika mereka kerap bertukar pasangan. Individu yang menghidap penyakit kelamin perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin dan dalam tempoh ini mengelak daripada melakukan hubungan seks atau mengamalkan seks selamat (memakai pelindung umpamanya kondom). Malah mereka juga perlu memaklumkan perkara itu kepada pasangan.

6. Risiko jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan

Ia boleh dicapai dengan tidak melakukan hubungan seks; jika mereka yang tidak dijangkiti hanya mengadakan hubungan seks dengan pasangan sama saja atau mengamalkan seks selamat. Seks selamat bermakna seks yang tiada penetrasi (kemasukan zakar ke dalam vagina) atau menggunakan kondom. Bagaimanapun, kaedah ini masih ada risiko kerana pasangan mungkin luka, kondom bocor atau tertanggal jika tidak dipakai dengan baik. Paling selamat ialah langsung tidak mengadakan hubungan seks.

7. Individu yang menyuntik dadah juga berisiko tinggi mendapat jangkitan HIV

Virus HIV juga boleh dipindahkan melalui jarum suntikan dan ini adalah cara yang paling biasa di kalangan penagih dadah. Selain itu virus HIV juga boleh berpindah jika menggunakan pisau cukur, pisau dan lain-lain alat yang tercemar
(digunakan terlebih dulu oleh individu yang ada HIV).

8. Pegawai kesihatan atau pusat HIV/Aids yang boleh dihubungi untuk ujian dan kaunseling

Sesiapa yang mengesyaki dijangkiti HIV perlu menghubungi pegawai kesihatan atau pusat HIV/AIDS seperti Majlis AIDS Malaysia di talian 03-4045 1033 untuk ujian, nasihat dan kaunseling. Anda tidak perlu bimbang kerana semua maklumat adalah rahsia.

9. Virus HIV tidak berjangkit melalui sentuhan harian
Ini termasuklah bersalaman; berpelukan; menggunakan
kolam renang atau tandas yang sama; berkongsi cadar dan sarung bantal, telefon, perabot, peralatan makan dan makanan. Malah, virus ini tidak tersebar menerusi batuk, bersin atau gigitan serangga termasuk nyamuk.

10. Setiap orang berhak menerima belas kasihan dan sokongan

Tidak kira siapa pun yang mendapat jangkitan HIV atau menghidap AIDS, mereka berhak mendapat sokongan dan belas kasihan. Mendiskriminasi atau menyisihkan penghidap AIDS atau individu yang dijangkiti HIV sebenarnya melanggar hak asasi manusia.

11. Bolehkah kita mengetahui sama ada seseorang itu dijangkiti HIV?

Tidak. Tiada cara untuk kita mengetahui sama ada seseorang itu dijangkiti HIV dengan melihat pada fizikalnya saja. Jangkitan HIV hanya boleh dikesan melalui ujian darah. Malah individu yang dijangkiti itu juga mungkin tidak menyedari virus itu ada dalam badan mereka kerana berasa sihat.

12. Jika dijangkiti HIV

Anda perlu memberitahu perkara itu kepada orang yang pernah menjadi pasangan seks anda atau individu yang berkongsi jarum suntikan dengan anda; supaya mereka boleh memikirkan untuk menjalani ujian pemeriksaan HIV. Bagaimanapun, ia bukanlah perkara yang mudah, mintalah nasihat daripada doktor, jururawat atau kakitangan Majlis AIDS Malaysia.

13. Pesakit perlu tahu mereka berhak mendapat rawatan

Memang tidak dapat dinafikan ada petugas perubatan yang kurang senang merawat pesakit kerana mereka kurang pengetahuan. Pesakit yang melalui sebarang bentuk diskriminasi atau dinafikan hak mendapat rawatan kerana menghidap HIV, perlu mencatat butir lengkap mengenai perkara itu, terutama masa, tarikh, tempat dan jika memperoleh nama individu yang terbabit sebagai dokumentasi untuk diambil tindakan undang-undang.

Tindakan undang-undang tidak dapat dilakukan jika tiada dokumentasi atau hanya berdasarkan rungutan. Ini penting untuk menghentikan diskriminasi terhadap pesakit HIV/AIDS kerana setiap orang ada hak sama seperti orang lain.

14. Jika anda pembawa HIV dan hamil

Jangan cuai mengambil ubat sepanjang kehamilan. Ubat itu boleh mengelakkan anak anda mendapat jangkitan HIV. Mereka juga perlu menyedari bahawa tidak boleh melahirkan anak secara normal, sebaliknya melalui pembedahan. Ini kerana ketika proses bersalin secara normal itulah virus akan ‘diwariskan’ kepada anak.

Rasanya, ramai antara kita sudah tahu fakta tersenarai tadi tetapi tahu saja tidak mencukupi kerana perkara lebih penting ialah kesediaan kita untuk menerima kehadiran pesakit dalam kehidupan kita. Jika kita benar-benar tahu dan faham mengenai HIV dan AIDS, kita tidak seharusnya resah apabila mengetahui orang yang duduk di sebelah kita adalah individu HIV, bukan?

sumber dari sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers